Nilai
pertama dalam cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil”ialah cinta akan negara.Contohnya,Ahmad
Mutawakkil menunjukkan rasa cinta akan negara dengan berjuang menentang
Inggeris dan bergiat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.Sebagai wartawan,dia
telah menulis artikel dan rencana yang merangsangkan orang melayu dalam akhbar
bagi menyuburkan semangat perjuangan dan kecintaan kepada negara dalam masyarakat.Dia
juga mengadakan ceramah untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang
tanggungjawab mereka terhadap negara.
Selain
itu,Ahmad Mutawakkil juga mempunyai nilai keberanian.Ahmad Mutawakkil berani
menempuh segala cabaran dan halangan yang dihadapi.Contohnya,dia tidak takut
akan ugutan komunis yang mahu membunuhnya.
Nilai
semangat kemasyarakatan juga diamalkan oleh Ahmad Mutawakkil dan penduduk
kampung.Contohnya,Ahmad Mutawakkil bergaul rapat dan saling mengenali penduduk kampung
dan juga sentiasa menghadiri majlis keraian.Selain itu,penduduk kampung bekerjasama
membuka kampong sejak tiga generasi yang lalu.Mereka juga bersatu padu untuk
mencari Ahmad Mutawakkil yang telah dilaporkan hilang.
Seterusnya,penduduk
kampung telah mengamalkan nilai hormat-menghormati.Contohnya,mereka telah
menerima kehadiran Tuan Booth sebagai sebahagian daripada penduduk kampung
kerana mempunyai sikap saling menghormati.Mereka juga menghormati Ahmad
Mutawakkil dan menerima nasihat supaya tidak mencurigai Tuan Booth.
Akhir
Sekali,Imam Ngah Deraman mengamalkan nilai kasih sayang.Contohnya,dia sayang
akan Ahamad Mutawakkil walaupun pemuda hanya anak angkat.Dia mengambil berat
tentang keselamatan Ahmad dan bimbang apabila dia hilang.
Sekian,terima kasih.