页面

CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

          Sinopsis Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

             
         Cerpen ini mengisahkan perjuangan seorang nasionalis Melayu
muda,Ahmad Mutawakkil. Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban nyawa untuk
membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajahan Inggeris dan kekejaman
Parti Komunis Malaya. Ahmad Mutawakkil muncul secara tiba-tiba dalam keadaan
cedera parah dan pakaiannya yang dipenuhi dengan darah serta lumpur di pintu surau.
Ahmad Mutawakkil yang cedera parah telah dibaringkan dengan segera oleh
Penghulu Ibrahim Sigap.Dalam keadaan nafasnya tercunggap-cunggap,dia rebah lalu
pengsan.Sebelum kedatangan Jepun, Ahmad Mutawakkil menumpang banglo Tuan
Booth, serta berpeluang belajar membaca dan menulis daripada Sandra, anak tuan
punya estet getah itu.Pendaratan askar Jepun di Tanah Melayu telah mengubah
suasana damai di kampung penulis.Tuan Booth sekeluarga terpaksa meninggalkan
banglo di estetnya seminggu sebelum kemaraan askar Jepun.Ketiadaan Tuan Booth
sekeluarga telah menyebabkan Ahmad Mutawakkil hidup terbiar.Atas dasar prihatin
dan bertanggungjawab,Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil
sebagai anak angkatnya.Pada tahun 1945,Ahamd Mutawakkil memberitahu Imam
Ngah Deraman bahawa bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah dibom dan
askar Jepun terpaksa menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua.Pada tahun 1946,
ketika dalam usia 17 tahun,ketokohan dan kehebatan Ahmad Mutawakkil sebagai
pejuang nasionalis Melayu muda terserlah apabila setiap kata dan tindak-tanduknya
sangat berpengaruh dan disegani sama ada di kampung atau di seluruh daerah.Tuan
Booth kembali ke banglo di estetnya selepas Jepun menyerah kalah.Ketokohan
Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu terserlah apabila beliau
secara lantang menolak perjuangan komunis dan menentang penjajahan Inggeris
melalui sesi pidato dan penulisannya dalam surat khabar.Pembabitannya sebagai
wartawan telah berjaya meluaskan pengaruhnya.Pada masa yang sama,Sandra,anak
gadis Tuan Booth menyimpan perasaan kasihnya terhadap Ahmad Mutawakkil.
Pada tahun 1948,Parti Komunis Malaya mula menggila di Perak dan Ahmad
Mutawakkil semakin rancak berkempen untuk menggesa rakyat menolak ideologi
komunis yang songsang itu.Keadaan itu telah menyebabkan lima orang pengganas
komunis menyerbu banglo Tuan Booth untuk meminta Tuan Booth menyampaikan
amaran mereka kepada Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat membenci
ideologi mereka.Sungguhpun begitu,Ahmad Mutawakkil tidak mengendahkan
nasihat Tuan Booth dan Penghulu Ibrahim Sigap malah semakin berani bersuara
dengan lantang.Pada malam Jumaat selepas dia selesai menyampaikan ceramahnya,
Ahmad Mutawakkil telah didatangi oleh seorang budak lelaki di surau kampungnya.
Ahmad Mutawakkil memohon tanda minta diri untuk  mengikut budak lelaki itu.
Keesokan harinya,kehilangan Ahmad Mutawakkil menimbulkan tanda Tanya dan
kegelisahan dalam kalangan penduduk kampung apabila seharian dia tidak muncul di
surau kampung itu.Oleh itu,tiga kumpulan termasuk Tuan Booth telah dibentuk untuk
mencari Ahmad Mutawakkil di seluruh pelosok kampung namum usaha itu
menemukan kegagalan.Kerunsingan dan keresahan penduduk kampung terjawab
apabila Ahmad Mutawakkil muncul di surau kampungnya dalam keadaan cedera
parah.Dia meninggal dunia di atas ribaan Imam Ngah Deraman sambil
menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap akibat tembakan tiga butir peluru
yang menembusi belakang bahunya. Kematiannya amat dirasai oleh penduduk
kampung.Tuan Booth sekeluarga telah pulang ke England seminggu selepas
kemerdekaan negara tetapi setahun kemudian,anak gadisnya, Sandra telah kembali
ke banglo peninggalan bapanya di estet getah itu.Lantaran kenangannya yang tidak
pernah lenyap atau demi kecintaannya terhadap Ahmad Mutawakkil,dia telah
mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.

No comments:

Post a Comment